Arissa Azman
1,639 penduduk pedalaman di Sarawak terima suntikan vaksin
5 Julai 2021
Combat Medic Vaccination Team telah membantu seramai 1,639 penduduk di tiga lokasi pedalaman di Sarawak mendapatkan suntikan vaksin dari 21 Jun sehingga 27 Jun 2021.
Tiga lokasi pedalaman di Sarawak tersebut adalah Buduk Nur; Ba’kelalan, Long Semado; Lawas dan Long Sukang; Lawas.
Menteri Pertahanan Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri berharap agar usaha ini dapat membantu warga emas, OKU dan rakyat di kawasan pedalaman menerima vaksin dengan cepat, mudah dan selamat.
"Besar harapan saya untuk melihat lebih ramai lagi rakyat kita terutamanya di kawasan pedalaman malah warga emas dan OKU menerima vaksin dengan mudah dan selamat,
"Alhamdulillah, penduduk di kawasan pedalaman dibantu menggunakan khidmat anggota dan aset Angkatan Tentera Malaysia mendapatkan suntikan vaksin,
"Keutamaan saya adalah keselamatan dan kesihatan rakyat terjamin," ujar beliau.
--PN Online
ความคิดเห็น