10,191 tentera dan pasangan buang undi di tujuh pusat mengundi awal
16 NOVEMBER 2021
SUNGAI UDANG: Seramai 10,191 pegawai dan anggota tentera serta pasangan melaksanakan tanggungjawab membuang undi awal di tujuh pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.
Semua pengundi awal itu melaksanakan tanggungjawab mereka di tujuh pusat mengundi iaitu
empat pusat mengundi dibuka di Kem Terendak iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Terendak 1 dan SK Terendak 2, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terendak dan Dewan Borhan.
Manakala tiga lagi pusat mengundi awal bagi tentera dan pasangan adalah di Bilik Gerakan 96 DPP Kem Sungai Udang, Dewan Sri Beruang Kem Askar Wataniah, Bukit Beruang dan Bilik Pusat Latih Palapeas Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Sepanjang proses pengundian awal itu, sebanyak empat slot tempoh masa ditetapkan bagi membolehkan proses itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan mengelakkan kesesakan atau pengumpulan anggota di satu-satu pusat mengundi.
Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, proses pengindian berjalan lancar dan berpuas hati dengan
dan biasa dengan budaya tentera kena jaga jarak.
“Proses yang dilaksanakan hari ini merupakan testimoni pematuhan kepada SOP (prosedur operasi standard) yang ketat tidak seperti tahun sebelum ini yang masih dibayangi PRN Sabah.
“Pematuhan SOP dan penguatkuasaan dilaksanakan dengan sebaiknya di setiap pusat mengundi dan setiap agensi yang terlibat termasuk SPR dan KKM melakukan peranan masing-masing.
“Ia bagi memastikan semua pegawai dan anggota serta pasangan mematuhi SOP ditetapkan,” katanya ketika ditemui di pusat mengundi awal SK Terendak 2 di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau secara peribadi melahirkan rasa lega kerana dapat menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia dab berpuas hati terhadap proses pembuangan undi awal yang berjalan lancar.
“Dalam keadaan norma baharu, saya rasa lebih selamat kerana kita tidak berebut-rebut malah tentera sememangnya diterapkan dengan disiplin, jadi merek beratur pun memang dah tau untuk melakukan penjarakan sosial,” katanya.
Dalam perkembangan sama, kira-kira jam 10.00 pagi, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan calon Pakatan Harapan (PH), Hasmorni Tamby bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang turut berada di sekolah berkenaan bagi meninjau proses undi awal terbabit.
댓글