• Arissa Azman

11 lagi kes baharu Varian Omicron dilaporkan

19 Disember 2021

Malaysia melaporkan 11 lagi kes melibatkan Covid-19 Varian Omicron hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 Varian Omicron di Malaysia menjadi 13 kes.


Berita pertambahan kes Covid-19 Varian Omicron itu dilaporkan oleh @redzuanNewsMPB menerusi Twitter. Walau bagaimanapun, kesemua kes baharu yang dilaporkan itu adalah kes import dan bukan dari penularan dalam komuniti.


Varian Omicron sebelum ini berjaya dikenal pasti oleh pihak perubatan Afrika Selatan dan dipercayai mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi berbanding varian-varian lain terutamanya Varian Delta.


Diingatkan kepada orang ramai untuk sentiasa patuh dengan SOP seperti memakai pelitup muka, basuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer, dan elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai.


Usaha ini sedikit sebanyak dapat memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 terutamanya Varian Omicron yang lebih ganas ini.