Arissa Azman
11 sektor ekonomi akan dibuka untuk Negeri PPN Fasa 1
15 Ogos 2021

Setelah mengambil kira data peniliaian risiko ang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan setelah berbincang dengan semua stakeholders dalam sektor-sektor berkepentingan, Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembukaan sektor ekonomi ini akan berkuatkuasa pada 16 Ogos 2021.
Pembukaan ini melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan kembali beroperasi di dalam Fasa 1 iaitu:
Kedai cuci kereta
Kedai elektrik dan elektronik
Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
Kedai perabot
Kedai peralatan sukan
Kedai aksesori kereta
Pusat pengedaran dan jualan kereta
Pasar pagi dan pasar tani sahaja
Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
Kedai barang kemas
Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)
Terdapat SOP-SOP kesihatan yang mesti dipatuhi, termasuklah memakai sarung tangan, mengehadkan masa urusan antara pekerja dan pelanggan serta tidak membenarkan penggunaan fitting room bagi kedai-kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas, serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (asas).
--PN Online