top of page
  • cik skod

112 penunggang p-hailing maut dari tahun 2018 hingga Mei tahun lalu.


KUALA LUMPUR 14 April:Menteri Pengangkutan Anthony Loke mendedahkan seramai 112 penunggang p-hailing maut dari tahun 2018 hingga Mei tahun lalu.


Katanya, jumlah itu daripada 1,242 kemalangan membabitkan golongan tersebut.

"112 'rider' mati atas jalan raya, satu angka yang sangat besar. 82 kecederaan parah dan 1,048 kecederaan ringan yang dicatatkan.


"Sudah tentu kita ingin mengawal selia supaya keselamatan adik-adik 'rider' terjamin," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


P-hailing merujuk kepada perkhidmatan menghantar makanan.


Loke membentangkan tiga Rang Undang-undang (RUU) pindaan akta bertujuan mengawal selia komuniti p-hailing.


RUU itu ialah RUU Pengangkutan Jalan (pindaan) 2023, RUU Pengangkutan Awam Darat dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan.


Antara isu yang dibahaskan ialah kebajikan penunggang p-hailing berkaitan pembayaran upah dan perlindungan, selain permohonan lesen vokasional.


Katanya, kebajikan pekerja sektor ekonomi gig akan diperjuangkan oleh kerajaan namun perlu memastikan kawal selia tidak terlalu ketat bagi membenarkan sektor itu boleh berkembang.


"Hubungan rider dengan syarikatnya bukan majikan dan pekerja.


“Mereka ialah partners (rakan kongsi).


"Di seluruh dunia, ekonomi gig masih dalam proses ditambah baik dan diberikan pelindungan kepada penunggang," katanya.

bottom of page