top of page
  • zaman

12 Menteri PN utamakan kesejahteraan rakyat


KUALA LUMPUR,20 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan kenyataan provokasi berbaur ugutan terhadap 12 menteri Kabinet hanyalah cerminan pendirian beliau yang lebih mementingkan ‘keluarga perasuah’ berbanding kepentingan dan kesejahteraan rakyat.


Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Shah Alam, Dr Afif Bahardin berkata, usaha murni 12 menteri Perikatan Nasional itu sepatutnya dipuji kerana berani berkata benar di hadapan pemerintah.


“Tindakan Ismail Sabri membubarkan parlimen, terbukti hanyalah untuk menyelamatkan Zahid Hamidi, dan kluster mahkamah daripada terus menerima hukuman, akibat kerakusan salah laku rasuah mereka,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam hantaran terbaharu di Facebooknya pada Rabu.


Kelmarin, Ismail Sabri ketika mengulas lanjut isu surat 12 menteri PN kepada Yang di-Pertuan Agong berkata sebagai Perdana Menteri, beliau mempunyai kuasa untuk memecat semua menteri berkenaan.


“Patutnya saya pecat semua sekali tetapi saya tidaklah seperti itu. Saya orangnya baik, lemah lembut, tetapi bukan ‘lembut’,” katanya pada Majlis Solidariti Kestabilan & Kemakmuran Negeri Perak di Kompleks Umno Bagan Datuk.


Pada 3 Oktober lalu, 12 menteri PN menghantar surat kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bagi menunjukkan Kabinet tidak sebulat suara mengenai keputusan membubarkan Parlimen.


Afif seterusnya berkata, tindakan Ismail Sabri sebenarnya mengesahkan 12 menteri PN lebih mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan keluarga perasuah UMNO Barisan Nasional.


“Usaha murni 12 Menteri Perikatan Nasional itu adalah bukti bahawa mereka berani berkata benar di hadapan pemerintah yang rakus dan mementingkan diri sendiri,” katanya

bottom of page