• newsatmy

189 Dari 191 Tolak Perpaduan Melayu Islam

Updated: Jan 5

Matharuzaman Ahmad

Sebanyak 189 daripada 191 bahagian Umno menolak kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), lapor Utusan Malaysia.


Perkara itu, menurutnya, diputuskan dalam mesyuarat bahagian-bahagian yang telah berakhir semalam.


Hanya terdapat satu bahagian di Kelantan dan satu di Perlis bersedia untuk terus berkerjasama dengan Bersatu berdasarkan kenyataan pemimpin dari bahagian tersebut.


Laporan itu tidak menyebut secara khusus berkaitan pendirian Umno Putrajaya yang berpendirian menyokong Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri dan menyeru ahli parlimen UMNO terus berkerjasama dengan Perikatan Nasional.(PN)


Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Dr Mohd Puad Zarkashi sebelum ini telah membuat kenyataan sebanyak 145 bahagian enggan meneruskan kerjasama dengan Bersatu.

Setiausaha agung UMNO, Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan selaku ahli Parlimen Pontian juga telah mendesak kerajaan Perikatan Nasional perlu menyegerakan PRU15 setelah vaksin Covid-19 diterima oleh Malaysia.


Semalam, memetik tinjauan melalui Whatsapp, Presiden Umno Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi berkata, seramai 143 daripada 191 ketua Umno bahagian enggan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15.


Menurut Zahid Hamidi, semua usul itu akan dibawa ke mesyuarat MT sebelum membuat ketetapan sama ada akan menerimanya atau tidak.


Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan berkata, kesemua usul daripada 191 bahagian akan dibincangkan oleh MT sebelum membuat sebarang ketetapan, termasuk usul kerjasama dengan Bersatu.


Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.