• newsatmy

2,148 kes positif Covid-19, tertinggi sejak 40 hari lalu

15 April 2021

PUTRAJAYA - Sebanyak 2,148 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan pada Khamis iaitu tertinggi sejak 40 hari lalu.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini 367,977 kes.


"Sarawak melaporkan 512 kes diikuti Selangor (459), Sabah (202), Kelantan (221), Johor (182), Kuala Lumpur (171) dan Pulau Pinang (134)," katanya menerusi ciapan di Twitter.


Menurutnya, Terengganu merekodkan 57 kes diikuti Melaka (53), Perak (51), Pahang (34), Putrajaya (lapan), Labuan (tiga) dan Perlis (satu).


Kali terakhir kes tertinggi dilaporkan adalah 5 Mac lalu dengan 2,154 kes.


AKAN MENYUSUL


-Sinar Online