top of page
  • admin

20 tentera ditahan, disyaki terlibat rompakan di Semporna – Hamzah


KUALA LUMPUR,5 OKT:Seramai 20 anggota tentera ditahan kerana disyaki terlibat dalam dua rompakan laut di Semporna, Sabah.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata penahanan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan kes rompakan yang berlaku di Pulau Siamil Ogos lalu.


“Terdapat dua kes rompakan di laut yang disyaki dilakukan oleh anggota keselamatan pada 15 dan 18 Ogos lalu di perairan Pulau Siamil.


“Kedua-dua kes telah diklasifikasikan bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan. Tangkapan seramai 20 orang anggota tentera dan suspek-suspek telah dijamin pada 25 Sept 2022. Kes masih dalam siasatan,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, lapor FMT.


Hamzah berkata demikian menjawab pertayaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) yang meminta menteri dalam negeri menyatakan secara terperinci kejadian rompakan berkumpulan itu yang didakwa dilakukan anggota keselamatan negara.


Mengulas lanjut Hamzah berkata, kes itu masih dalam siasatan dan pihak kementerian perlu menunggu sehingga ia selesai.

bottom of page