• newsatmy

222 PHD sokong darurat, tolak PRU-15


Di atas inisiatif Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) yang saya adalah Presidennya, maka kami selaku 222 pemegang ijazah PhD dari seluruh negara seperti senarai di bawah:

(1) Merafak sembah takzim dan menyatakan sokongan penuh terhadap kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah memberi perkenan terhadap keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet berkenaan cadangan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat sebagai langkah proaktif untuk membendung dan melandaikan kes positif COVID-19 harian yang telah mencecah empat angka secara berterusan sejak bulan Disember lalu.

(2) Menyanjung tinggi keputusan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan terhadap cadangan Kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait selain memberi budi bicara kepada Jawatankuasa Bebas ini untuk mengesyorkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal daripada tempoh pelaksanaan darurat yang ditetapkan, sehingga 1 Ogos 2021.

(3) Menolak sebarang cadangan supaya PRU 15 dilangsungkan dalam waktu terdekat di samping mengecam sebarang usaha untuk memaksa PRU 15 dilangsungkan dalam waktu terdekat selaras dengan kegusaran KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap kenaikan mendadak angka jangkitan COVID-19 dan kesan bencana banjir di negara ini yang sekiranya tidak dibendung dan dikawal dengan berkesan maka ianya akan memudaratkan kesihatan rakyat dan kesejahteraan negara.

(4) Meminta semua pihak tidak mempersoal apalagi mencabar pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa penularan wabak COVID-19 di negara ini berada di tahap yang amat kritikal dan adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memandangkan ia hanya dibuat setelah Seri Paduka Baginda merundingkannya dengan Raja-Raja Melayu serta memperhalusi penjelasan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin, dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Bin Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Bin Harun; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham bin Abdullah; Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Bin Salleh; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bin Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Haji Affendi Bin Buang.

Senarai 222 pemegang ijazah PhD yang membuat dan menyokong kenyataan ini:

1. Dr Ab Aziz Bin Yusof 2. Prof Ir Ts Dr Abd. Rahim Bin Abu Talib 3. Dr Abd. Rahman Bin Abdullah 4. Dr Abdul Aziz Bin Hussin 5. Dr Abdul Ghaffar Bin Surip 6. Dr Abdul Halim Bin Abdul Majid 7. Dr Abdul Jalil Bin Ali 8. Prof Madya Dr Abdul Karim Bin Ali 9. Prof Dr Abdul Muati @ Zamri Bin Ahmad 10. Dr Abdul Razif Bin Zaini 11. Dr Abdul Syukor Bin Mohamad Jaya 12. Dr Abdullah Sudin Bin Ab Rahman 13. Dr Abu Bin Abdullah 14. Dr Abu Zaki Bin Ismail 15. Dr Achmad Dzariean Bin Mohd Nadzri 16. Prof Madya Dr Adi Yasran Bin Abdul Aziz 17. Prof Madya Ts Dr Adzhar Bin Kamaludin 18. Dr Ahmad Bin Yussuf 19. Dr Ahmad El-Muhammady Bin Muhammad Uthman El-Muhammady 20. Dr Ahmad Faisal Bin Abdul Hamid 21. Dr Ahmad Irdha Bin Mokhtar 22. Prof Madya Ts Dr Ahmad Naim Bin Ahmad Yahaya 23. Prof Ir Dr Ahmad Razlan Bin Yusoff 24. Prof Madya Dr Ahmad Shukri Bin Muhammad Noor 25. Dr Ainon Binti Hamzah 26. Dr Ainul Hakimah Binti Karim 27. Dr Alihanafiah Bin Norasid 28. Prof Madya Dr Amini Amir Bin Abdullah 29. Prof Madya Dr Aminurraasyid Bin Yatiban 30. Dr Amir Aatieff Bin Amir Hussin 31. Prof Datuk Dr Amir Hussin Bin Baharuddin 32. Dr Anang Hudaya Binti Muhamad Amin 33. Prof Madya Dr Anuar Shah Bin Bali Mahomed 34. Prof Madya Dr Arba’ie Bin Sujud 35. Dr Asyiqin Binti Ab Halim 36. Dr Azizah Binti Husin 37. Dr Azizi Bin Umar 38. Dr Azza Jauhar Binti Ahmad Tajuddin 39. Prof Emeritus Dr Barjoyai Bin Bardai 40. Prof Madya Dr Berhanuddin Bin Abdullah 41. Prof Madya Dr Che Hasniza Binti Che Noh 42. Prof Dr Che Husna Binti Azahari 43. Dr Che Mat Ali Bin Abd. Ghani 44. Dr Che Mohd Zaid Bin Yusof 45. Prof Madya Dr Dayang Maryama Binti Ag Daud 46. Prof Madya Dr Eris Elianddy Bin Supeni 47. Dr Faizuri Bin Abd Latif 48. Dr Fakhrorazi Bin Ahmad 49. Prof Madya Dr Fazli Bin Mohd 50. Dr Ghazali Bin Zainuddin 51. Dr Hailan Bin Salamun 52. Prof Ir Dr Hairul Azhar Bin Abdul Rashid 53. Dr Hanif Bin Md Lateh @ Junid 54. Dr Hasbullah Bin Mohamad 55. Prof Emeritus Dato' Dr Hashim Bin Yaacob 56. Dr Hoo Kee Ping 57. Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Shah Bin Abu Shah 58. Prof Emeritus Dato' Dr Isahak Bin Haron 59. Prof Dr Ishak Bin Saat 60. Dr Iskandar Hasan Tan Bin Abdullah 61. Dr Ismail Bin Ibrahim 62. Dr Kamarul Ariffin Bin Ithnan 63. Prof Madya Dr Kamarul Ariffin Bin Noordin 64. Dr Kamarul Azman Bin Khamis 65. Dr Kamarul Zaman Bin Haji Yusoff 66. Prof Madya Dr Kamarulzaman Bin Abdul Ghani 67. Prof Madya Dr Kamaruzaman Bin Noordin 68. Prof Dr Kamaruzzaman Bin Yusof 69. Prof Datuk Dr Kasim Bin Hj Md Mansur 70. Dr Khadher Bin Ahmad 71. Dr Khairuddin Bin Md Isa 72. Prof Dr Khairuddin Bin Omar 73. Dr Linamalini Binti Mat Nafi 74. Dr Lokmal Hakim Bin Che Hassan 75. Dr Low Yong San 76. Dr Mansor Bin Ahmad 77. Prof Dr Mansor Bin Mohd Noor 78. Prof Madya Dr Mansor Bin Sulaiman 79. Dr Mashitah Binti Mohd Udin 80. Dr Mas Juliana Binti Mukhtaruddin 81. Prof Dr Masran Bin Saruwono 82. Ar Dr Mastor Bin Surat 83. Prof Madya Dr Mazlan Bin Ibrahim 84. Prof Madya Dr Mohad Anizu Bin Mohd Nor 85. Prof Madya Dr Mohamad Amran Bin Mohd Salleh 86. Prof Madya Dr Mohamad Faisol Bin Keling 87. Dr Mohamad Ghozali Bin Hasan 88. Dr Mohamad Hilmie Bin Mat Daud 89. Dr Mohamad Saleeh Rahamad 90. Ir Dr Mohammad Effendy Bin Yaacob 91. Dr Mohammad Tawfik Bin Yaakub 92. Dato’ Dr Mohamed Fadzli Bin Dato’ Haji Hassan 93. Dr Mohd Adnin Bin Hamidi 94. Prof Madya Dr Mohd Afandi Bin Mat Rani 95. Dr Mohd Al'ikhsan Bin Ghazali 96. Dr Mohd Ashrof Zaki Bin Yaakob 97. Dr Mohd Asri Bin Che Ibrahim 98. Dr Mohd Azhar Bin Abdullah 99. Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Bin Mohd Rani 100. Dr Mohd Faisal Bin Abdul Khanan 101. Prof Madya Dr Mohd Fauzi Bin Hamat 102. Dr Mohd Fuad Bin Mohd Salleh 103. Dr Mohd Hafiz Bin Jamaluddin 104. Prof Madya Dr Mohd Hanif Bin Yaacob 105. Dr Mohd Hapiz Bin Mahaiyadin 106. Dr Mohd Hazri Bin Mohd Rusli 107. Dr Ts Ir Mohd Hilmi Bin Othman 108. Prof Dr Mohd Kamarulnizam Bin Abdullah 109. Prof Madya Dr Mohd Mahadee Bin Ismail 110. Prof Madya Dr Mohd Nazir Bin Md Zabit 111. Prof Madya Dr Mohd Nazree Bin Derman 112. Prof Madya Dr Mohd. Noor Bin Mat Yazid 113. Dr Mohd Nor Bin Husin 114. Dr Mohd Norhusairi Bin Mat Hussin 115. Prof Dato’ Ir Ts Dr Mohd Rizon Bin Mohamed Juhari 116. Dr Mohd Roshdi Bin Hassan 117. Datuk Dr Mohd Noh Bin Dalimin @ Dolimin 118. Ir Dr Mohd Norshahrani Bin Abdul Rahim 119. Prof Madya Dr Mohd Nuri Al Amin Bin Endut 120. Dr Mohd Ramizu Bin Abdullah @ Zakaria 121. Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Bin Abdullah 122. Prof Dr Mohd Roslan Bin Mohd Nor 123. Dr Mohd Syakir Bin Mohd Rosdi 124. Ts Dr Mohd Zafran Bin Abdul Aziz 125. Prof Madya Dr Mohd Zahuri Bin Khairani 126. Dr Mohd Zaidi Bin Daud 127. Kol Prof Madya Dr Mohd Zaini Bin Salleh (B) 128. Prof Madya Dr Mohd Zaki Bin Hamzah 129. Dr Mohd. Faizal Bin P. Rameli 130. Prof Dr Mohd. Sahandri Gani Bin Hamzah 131. Dr Muhamad Zuhairi Bin Sulaiman 132. Prof Madya Datuk Dr Muhammad Bin Hussin 133. Prof Madya Dr Muhammad Bin Ibrahim 134. Dr Muhammad Azrul Bin Zabidi 135. Dr Muhammad Ikhlas Bin Rosele 136. Dr Muhammad Khair Bin Noordin 137. Dr Muhammad Rusdi Bin Ab. Majid 138. Prof Madya Dr Muhammad Saiful Haq Bin Hussin. 139. Prof Madya Dr Muhammad Sharfi Bin Najib 140. Dr Muhd Imran Bin Abd Razak 141. Dr Muhd Fauzi Bin Mohd Jani 142. Prof Madya Dr Mus Chairil Bin Samani 143. Dr Mustafa Bin Ahmad 144. Prof Madya Dr Mustaffa Bin Abdullah 145. Dr Najahudin Bin Lateh 146. Dr Nasrul Hadi Bin Johari 147. Prof Madya Ir Dr Nawal Aswan Bin Abdul Jalil 148. Prof Madya Dr Nazarudin Bin Zainun 149. Dr Nik Mawardi Bin Mohamed 150. Dr Nik Md Saiful Azizi Bin Nik Abdullah 151. Dr Nik Noorkhairulnissa Binti Nik Hassan 152. Prof Madya Dr Nik Yusri Bin Musa 153. Dr Nizar Bin Abd Manan 154. Dr Noor Azli Bin Muhamed Masrop 155. Prof Ts Dr Noor Maizura Binti Mohamad Noor 156. Dr Noorhaslinda Binti Kulub Abd Rashid 157. Dr Nor Azian Binti Hj Ab Rahman 158. Prof Madya Dr Nor Hafizi Bin Yusof 159. Dr Norazuwana Binti Shaari 160. Prof Madya Dr Nordin Bin Jamaludin 161. Dr Nordin Bin Sakke 162. Dr Norfazila Binti Abdul Hamid 163. Prof Madya Dr Nur Nafhatun Binti Md Shariff 164. Dr Nurul Akma Binti Mohamed 165. Prof Madya Dr Omrah Bin Hassan @ Hussin 166. Prof Madya Dr R Sivaperegasam P Rajanthiran 167. Dr Rahimi Binti Abidin 168. Dr Rafidah Binti Azli 169. Dr Rafidah Binti Hasan 170. Dr Raja Hisyamudin Bin Raja Sulong 171. Dr Raja Jamilah Raja Yusof 172. Prof Madya Dr Ratnaria Binti Wahid 173. Dr Razali Bin Muda 174. Dr Rofishah Binti Rashid 175. Prof Madya Dr Rohani Binti Abdul Ghani 176. Dr Rohayu Binti Maaru 177. Dr Rosfazila Binti Hj. Abd Rahman 178. Prof Madya Dr Rusdi Bin Omar 179. Dr Saifulah Bin Samsudin 180. Prof Dr Sakri Bin Ibrahim 181. Dr Salman Bin Zainal Abidin. 182. Dr Samsudin Bin Wahab 183. Dr Salihuddin Bin Sumadi 184. Dr Salmah Binti Karman 185. Prof Madya Dr Saupi Bin Man 186. Dr Shahrudin Bin Awang Nor 187. Prof Dr Shamrahayu Binti Ab Aziz 188. Dr Shazli Ezzat Bin Ghazali 189. Dato' Prof Dr Sheikh Hussin Bin Ab Rahman Al Amudi 190. Prof Madya Dr Shukeri Bin Mohamad 191. Dr Siti Aisyah Binti Samudin 192. Dr Suharmili Binti Rosle 193. Prof Emeritus Datuk Dr Sukiman Bin Sarmani 194. Dr Suzilawati Binti Muhamud 195. Dr Syarbaini Bin Ahmad 196. Dr Syed Agil Bin Syed Ahmad 197. Dr Tengku Putri Norishah Binti Tengku Shahriman 198. Dr Tuan Mohd Sapuan Bin Tuan Ismail 199. Dr Tuan Sidek Bin Tuan Muda 200. Prof Madya Dr Uswatun Hasanah Binti Zaidan 201. Dr Uzaimah Binti Ibrahim 202. Prof Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Bin Hashim @ Wan Husain 203. Prof Emeritus Dato' Dr Wan Hashim Bin Wan Teh 204. Prof Madya Dr Wan Iryani Binti Wan Ismail 205. Dr Wan Mat Bin Sulaiman 206. Dr Wan Mohd Yusof Bin Wan Chik 207. Prof Dr Wan Mohtar Bin Wan Yusoff 208. Dr Wan Nasyrudin Bin Wan Abdullah 209. Prof Madya Dr Wan Zailan Kamaruddin Bin Wan Ali 210. Dato' Dr Wan Zawawi bin Wan Ismail 211. Dr Yusni Zaini Binti Yusoff 212. Dr Zahrul Akmal Bin Haji Damin 213. Dr Zaidi Bin Abdul Rahman 214. Dr Zainuddin Bin Omar 215. Prof Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin 216. Prof Emeritus Datuk Dr Zakariah Bin Abdul Rashid 217. Prof Dr Zulfadzli Bin Yusoff 218. Prof Dato’ Dr Zulkifli Bin Haji Mohd Yusoff 219. Dr Zulfirdaus Bin Zakaria 220. Dr Zuraidah Binti Zan 221. Prof Madya Dr Zuraini Binti Mat Issa 222. Dr Zuriati Binti Zakaria Kami dimaklumkan bahawa lebih ramai lagi sebenarnya pemegang ijazah PhD yang mahu bersama-sama dengan kami di dalam menyokong kenyataan ini kerana ia tidak lain tidak bukan adalah penzahiran hasrat majoriti terbesar rakyat negara ini. Yang Menyembah Maklum, Prof Dr Mohd Roslan Bin Mohd Nor, Presiden, Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR).

18 views0 comments

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by PN Online.