top of page
Writer's pictureArissa Azman

25,500 pek makanan disumbangkan kepada Petugas Kesihatan

29 Julai 2021

SUNGAI BULOH: YB Menteri Kesihatan, Dato' Sri Dr. Adham Baba telah hadir untuk menyampaikan sumbangan makanan kepada warga kerja di wad COVID-19 Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur, di Lobi Hospital Sungai Buloh, pada malam ini.


Sumbangan yang berjumlah 25,500 pek makanan ini diberikan kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa komited menjalankan tugas mereka untuk memerangi COVID-19.

Pek makanan ini disediakan oleh Hotel Royale Chulan KL. Sejumlah 650 pek sehari selama sebulan untuk petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh, manakala sejumlah 200 pek sehari selama sebulan pula untuk petugas kesihatan di Hospital Kuala Lumpur.


Dato' Sri Dr. Adham Baba menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat memberi sumbangan kepada petugas kesihatan di kedua-dua hospital ini.


Turut hadir, YBhg. Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, YBrs. Dr. Kuldip Kaur a/p Prem Singh, Pengarah Hospital Sungai Buloh, YB Dr. Rohana binti Johan, Pengarah Hospital Kuala Lumpur, En. Mohd Rizal bin Abdullah, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Sungai Buloh, Puan Yang Fairuz bin Abdul Aziz, Pengarah Perkhidmatan Korporat Pharmaniaga, YBhg. Dato’ Zuhri Iskandar Kamarzaman, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Korporat Pharmaniaga dan YBhg. Dato’ Mohammad Imran bin Ismail, Pengurus Besar Kanan Pharmaniaga.



PN Online

Comments


bottom of page