top of page
  • Writer's pictureNihaba

3 Disember:Hari Batik malaysia dan Hari OKU Sedunia

3 Disember 2021


KUALA LUMPUR-Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan hari ini, 3 Disember sebagai Hari Batik Malaysia dan akan disambut pada setiap tahun.


Menurut Ismail Sabri, tarikh tersebut dipilih bagi memberi penghormatan kepada arwah Tun Endon Mahmood isteri kepada perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah mempromosikan industri batik Malaysia ke persada dunia.

Pada 3 Disember 2003, beliau telah mengambil inisiatif untuk membawa batik tempatan ke pentas dunia.”


Walaibagaimanapun, sebahagian netizen yang tak setuju dengan pemilihan tarikh hari batik pada 3 disember dan menggesa agar ia ditukar ke tarikh lain.


Ini kerana, tarikh 3 Disember yang dipilih tersebut merupakan tarikh yang sama bagi sambutan Hari Orang Kelainan Upaya (OKU) Sedunia.


Melalui media sosial, ramai yang meminta agar tarikh ini tak disamakan dengan Hari OKU Sedunia bagi memberikan kesedaran serta sokongan kepada golongan OKU.


Mengikut rekod JKM, bilangan OKU berdaftar di Malaysia setakat ini adalah berjumlah 581,265 orang.


bottom of page