top of page
  • newsatmy

3 negeri disingkir PSM cadang tubuh Persekutuan Sepak Takraw

12 november

TIGA ahli gabungan yang diketepikan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) selain Perlis yang masih digantung badan induk itu tetap dengan keputusan mereka untuk menubuhkan entiti baharu sepak takraw negara.


Malah, ketiga-tiga ahli gabungan berkenaan iaitu Selangor, Sarawak dan Putrajaya bersama Perlis sesekali tidak akan berganjak untuk menubuhkan Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).


Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSAS), Datuk Markiman Kobiran berkata, tindakan itu dibuat dalam usaha menjaga kepentingan empat negeri berkenaan'


Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PSM pada 7 Oktober sebulat suara telah menggantung Selangor, Sarawak dan Putrajaya (kecuali Perlis yang telah digantung oleh PSM selepas badan induk itu disingkirkan ASTAF) dan mereka hanya boleh menyertai semula PSM dengan mengemukakan permohonan semula selepas Mesyuarat Agung (AGM) badan induk itu diadakan.


Bagaimanapun, pada 30 Oktober lalu, PSM dilaporkan telah mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang dihadiri 51 perwakilan (lima secara maya) bagi mewakili 16 ahli gabungan kecuali tiga ahli gabungan negeri melibatkan Selangor, Sarawak dan Putrajaya serta Perlis.


Mesyuarat berkenaan juga telah bersetuju untuk meminda dua perlembagaan persatuan berkenaan selain turut mengatakan bahawa pemilihan akan diadakan Jun depan bagi memilih pucuk kepimpinan baharu dalam usaha PSM diterima kembali sebagai ahli gabungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF).-SH



bottom of page