top of page
  • newsatmy

50 warga Madrasatul Quran Sahabat dirai Skuad Prihatin BERSATU


HULU TERENGGANU, 28 Dis – Skuad Prihatin BERSATU hari ini menyantuni lebih 50 warga Madrasatul Quran Sahabat di Kampung Bukit Biah, DUN Telemung, antara tempat yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.


Mereka menerima sumbangan kit pembersihan diri yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu merangkap Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Terengganu, Datuk Rosol Wahid.


“Semoga Allah melindungi anak-anak tahfiz disini kerana merekalah pelapis guru-guru agama kepada anak-anak kita nanti, insyaAllah,” kata Rosol.


Antara barangan keperluan harian untuk kegunaan anak-anak tahfiz seperti toto (tilam), tuala, berus gigi dan sabun.


Sumbangan tersebut adalah kerjasama Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Hulu Terengganu.

bottom of page