500 Pasang PPE dan 1000 Facemask kepada Petugas Barisan Hadapan Pontian
Updated: Jun 18, 2021
18 Jun 2021
PONTIAN: Poliklinik Kesihatan Pontian hari ini telah menerima sumbangan 500 pasang Personal Protective Equipment (PPE) dan 1000 Face Mask 100 kali basuhan dari syarikat One Fam Care, MA Manufacturing & Trading dan Quantum-ION.
Sumbangan PPE dan face mask tersebut telah disampaikan oleh YB Senator Dato' Isa bin Abd. Hamid, Ketua Bahagian BERSATU Pontian kepada Dr. Surinah binti Hassan, Pegawai Kesihatan Daerah Pontian bagi kegunaan kakitangan barisan hadapan poliklinik bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Poliklinik Kesihatan Pontian kerana sudi menerima sumbangan dari pihak kami.
"Kami harap dengan sumbangan ini, iaitu PPE dan juga Facemask berkualiti 100 kali basuhan ini dapat membantu untuk kegunaan para frontliner kita dalam berhadapan dengan pandemik Covid-19 ini," ujar Dato' Isa.
Dr. Surinah menzahirkan rasa terima kasih dengan sumbangan yang diberi.
"Kami amat-amat berterima kasih kepada para sumbangan atas sumbangan yang diberikan,
"Kami amat-amat memerlukan barang keperluan asas dalam mengendalikan pesakit Covid-19 ini terutamanya PPE dan juga facemask berkualiti tinggi untuk petugas barisan hadapan," tambah beliau.
--PN Online
Comments