top of page
  • Writer's pictureNihaba

65 pelajar SBP Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya disah positif COVID-19

2 Disember 2021

PETALING JAYA: Seramai 65 pelajar Sekolah Berasrama Penuh Seri Puteri, Cyberjaya dikatakan positif Covid-19.


Perkara itu disahkan Menteri Pendidikan Datuk Radzi Jidin di twitter Radzi Jidin Comms dan facebook, mereka terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan dua di sekolah berkenaan.


“Ini merupakan kali pertama sekolah itu kena kes sebanyak ini. Doakan dipermudahkan segala urusan,” jelasnya.


Akaun Twitter itu turut memuat naik gambar Radzi sudah berada di sekolah itu bagi mendapatkan maklumat terperinci.


Katanya, mereka sudah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, hari ini.

bottom of page