top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

7 Tahun lalu, MH17 ditembak jatuh & mengorbankan 298 nyawa

19 Julai 2021

Tanggal 17 Julai pada hari ini menandakan genap 7 tahun selepas tragedi menyayat hati pesawat MH17 yang ditembak jatuh serta mengorbankan nyawa 298 penumpang dan anak kapal.


Menteri Luar Negeri Australia, Belgium, Belanda, Ukraine dan Malaysia mengeluarkan kenyataan bersama untuk memperingati ulang tahun ketujuh tragedi ini. Untuk rekod, kelima-lima negara ini adalah daripada Pasukan Penyiasatan Bersama untuk tragedi ini.


“Kami tetap memperingati mereka yang terkorban di dalam pesawat, serta keluarga dan orang yang mereka sayangi”


“Walaupun tidak ada yang dapat mengembalikan mereka, atau mengurangkan penderitaan dan kesedihan yang ditanggung oleh anggota keluarga, sangat penting untuk kita tetap teguh dalam mengejar kebenaran, keadilan dan pertanggungjawaban”


Untuk rekod, pesawat Malaysia Airlines MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah terhempas di Timur Ukraine pada 17 Julai 2014. Hasil siasatan mendapati pesawat Boeing 777 itu terkena peluru berpandu ‘permukaan ke udara’ yang ditembak oleh pengganas.


Meninjau di media sosial, dunia turut memperingati kejadian ini sebagai salah satu tragedi kemalangan udara yang menyayat hati.



Salam takziah diucapkan kepada keluarga penumpang dan kru MH17.



--PN Online

bottom of page