top of page
  • newsatmy

75.4 peratus rakyat Malaysia sudah lengkap divaksin

6 November

KUALA LUMPUR: Populasi penduduk lengkap mendapatkan vaksinasi terus meningkat di negara ini iaitu mencecah 75.4 peratus atau seramai 24,625,458 orang sudah berjaya mendapatkan dos mereka.


Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, populasi dewasa lengkap divaksin pula mencatatkan sebanyak 95.8 peratus atau 22,417,059 orang sudah mendapatkan pelalian masing-masing.

Kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang lengkap divaksin pula mencecah 70.2 peratus atau 2,208,399 orang, manakala sebanyak 83.4 peratus sekurang-kurangnya lengkap satu dos.


Sementara itu, sejumlah 41,391 dos harian diberikan semalam, merangkumi dos penggalak sebanyak 20,365, satu dos sebanyak 2,864 dan dos pelengkap sebanyak 18,162.


Ini menjadikan, jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,420,916.

Tiada laporan kematian membabitkan COVID-19 juga dicatatkan, setakat semalam- BH

bottom of page