top of page
  • cik skod

8 tahun bermadu, Adira tenang jalani kehidupan berpoligami


PERNAH berdepan krisis rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi mendoakan sesiapa saja terutama golongan selebriti yang berdepan masalah itu dipermudahkan urusan.

“Saya berharap sesiapa saja diluar sana yang berhadapan dengan krisis rumah tangga, semoga dipermudahkan. Itu saja yang boleh saya katakan kerana lain orang lain dugaannya,” katanya.


Syukur tidak lagi berdepan masalah itu, Adira berkata, keutamaannya kini hanya kepada anak-anak dan keharmonian keluarganya dilindungi.

Menurut Adira, dia mahu menjalani kehidupan yang lebih tenang memandangkan anak-anak sudah semakin ramai dan usianya sudah meningkat.

“Alhamdulillah.. bahagian saya sudah lama berlalu. Fokus ketika ini adalah untuk membesarkan anak-anak dan memastikan keharmonian keluarga terpelihara. Itu saja yang penting.


“Biasalah turun naik dalam kehidupan bukanlah sesuatu yang asing. Namun, Alhamdulillah semuanya bertambah baik dan dipermudahkan. Mungkin juga kerana faktor usia.

“Apatah lagi, saya sudah lapan tahun bermadu. Anak-anak sudah semakin ramai dan keluarga kami pun semakin besar. Apa yang baik, kita lalui saja. Bukan apa, makin lama semakin tua.


Sekarang ini hidup saya hendak lalui dengan tenang saja,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pertunjukan Fesyen Ariani Layar Raya 2023 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Terdahulu, Adira memuat naik video mesra bersama madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red di media sosial miliknya.


Menerusi perkongsian video berdurasi 27 saat itu, mereka dilihat berpakaian sedondon rona hitam sambil berpimpin tangan menghadiri sebuah acara pertunjukan fesyen oleh pereka terkenal iaitu Datuk Radzuan Radzwill.


Bukan saja Adira, video berkenaan turut dikongsikan oleh Datin Red di TikTok miliknya dengan kapsyen berdoa semoga Allah SWT menjaga hubungan rumah tangga itu.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red iaitu Adenan Abu berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.


Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayoub yang kini berusia enam bulan.


* Artikel asal disiarkan di Gempak.

Comments


bottom of page