• Arissa Azman

80 peratus remaja dijangka terima vaksin menjelang Januari 2022 – Khairy Jamaluddin

20 September 2021

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mensasarkan 80 peratus golongan remaja disasarkan untuk mendapat dos lengkap vaksin menjelang Januari 2022 akan datang.


Menurut Awani, beliau berkata KKM turut menyasarkan sebanyak 60 peratus remaja dalam lingkungan 12 dan 18 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang November depan.


Katanya lagi, pengecualian (tidak mengambil suntikan vaksin) hanya diberikan kepada remaja yang mempunyai sebab-sebab tertentu seperti masalah kesihatan atau alahan dan ia perlulah disahkan oleh doktor.


Di KKM, kita bersetuju untuk pemberian vaksin kepada remaja bukan sahaja kerana vaksin terbukti selamat, tetapi kita juga khuatir dengan peningkatan kes COVID-19 di kalangan remaja.”


Apabila sekolah dibuka, kita mahu pastikan perlindungan untuk remaja.”


Terdahulu, media melaporkan lima negeri/wilayah akan melakukan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) secara serentak selain Putrajaya, iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Pahang dan Perlis.


Sementara itu, tiga negeri/wilayah telah pun memulakan program PICK terlebih dahulu iaitu Sarawak pada 8 September, Labuan pada 11 September dan Sabah, 16 September lalu.


Khairy turut berkata beberapa PPV sedia ada di negeri-negeri akan dibenarkan untuk program walk-in khas bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun. Mereka perlulah ditemani ibu bapa atau penjaga dan tandatangani borang kebenaran di depan doktor bertugas di PPV.


Alang-alang PPV masih beroperasi, kita akan umumkan senarai PPV negeri esok, yang remaja boleh pergi dapatkan suntikan vaksin secara walk-in.”


Selain remaja sendiri, ibu bapa dan penjaga juga perlu menandatangani borang kebenaran berkenaan.