top of page
  • Writer's pictureNihaba

Hari pertama sempadan darat Malaysia-Singapura dibuka kesan satu kes positif

29 November

JOHOR BAHRU-Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mengesan satu kes positif Covid-19 pada hari pertama Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura dilaksanakan, pagi tadi.


Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, tindakan segera telah diambil di pintu masuk Malaysia bagi memastikan penularan jangkitan, terutamanya daripada risiko varian baharu, Omicron dapat dielakkan.


KKM akan melaksanakan saringan pada mereka yang tiba di pintu masuk laluan darat tambak Johor.

“Walaupun mereka yang masuk menerusi VTL dikehendaki membuat saringan 72 jam sebelum hari perjalanan, tetapi kita perlu bersiapsiaga kepada pelbagai kemungkinan,” katanya di Shah Alam, hari ini.


Pada masa sama KKM akan menggunakan pelbagai jenis saringan, termasuk menggunakan kit ujian pantas (RTK) antigen berupaya mengesan kes positif Covid-19 daripada varian Omicron.

“Perkara itu dimaklumkan pakar daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), dengan mengambil kira mekanisme fungsi RTK antigen dan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR).

“emua jenis saringan masih berupaya mengesan Omicron kerana ujian dibuat bersandarkan kehadiran nukleokapsid atau litupan protein yang mengandungi genom virus Covid-19,” katanya,


Selain itu,Khairy berkata walaupun Omicron dikatakan mempunyai mutasi 32 spike protein setakat ini ia tidak membawa apa-apa perubahan atau kesan terhadap keberkesanan dan ketepatan ujian saringan.

“Sebarang perincian lanjut berhubung perkara ini akan diketahui dan dimaklumkan kelak, memandangkan Omicron masih menjadi mutasi baharu serta banyak aspek yang kita tidak tahu mengenainya,” tambah beliau.

bottom of page