top of page
  • admin

Zahid hamidi sahkan Ab Rauf bakal ketua menteri Melaka

30 Mac

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara Ab Rauf Yusoh dicalonkan sebagai ketua menteri Melaka yang baru.


Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri ke-14 esok susulan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Seri Lendu Sulaiman Md. Ali.


Istiadat Pengurniaan suratcara pelantikan dan angkat sumpah jawatan, taat setia serta sumpah simpan rahsia dijadualkan berlangsung di Dewan Sri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri pada jam tiga petang.


Spekulasi pertukaran ketua menteri negeri itu mula dilaporkan media sejak semalam susulan tular maklumat mengenai istiadat mengangkat sumpah jawatan melibatkan Rauf.


Isu pertukaran pemimpin negeri itu mula hangat beberapa bulan selepas kemenangan besar BN pada pilihan raya negeri pada 20 November 2021.


Sebelum PRN Melaka, Sulaiman adalah Ketua Menteri, manakala Rauf sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).


Sulaiman kemudian dilantik semula sebagai Ketua Menteri selepas kemenangan besar BN.


Pada 27 Mac lalu, Zahid mengesahkan struktur pentadbiran kerajaan Melaka akan berubah susulan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat negeri.

bottom of page