top of page
  • newsatmy

Abang Long Fadil 3 kutip RM10 juta selepas lima hari ditayangkan


KUALA LUMPUR,13 Sept: Pengarah dan penerbit filem tersohor, Datuk Yusof Haslam berkongsi rasa syukur kerana filem terbaharu terbitan syarikat produksinya, Skop Production iaitu Abang Long Fadil 3 meraih kutipan jualan tiket sebanyak RM 10 juta setakat pukul 12 tengah hari ini.

Yusof menghargai sambutan penonton yang menyokong filem itu sejak hari pertama ditayangkan pada 8 September lalu.


"Sebagai penerbit, tentunya keutamaan kami mempersembahkan naskhah yang dihasilkan ini mampu diterima serta memberi nilai hiburan kepada penonton. “Sejak ditayangkan, kami telah menerima pelbagai reaksi daripada penonton selepas menyaksikan Abang Long Fadil 3 dan kami amat berterima kasih kepada semua atas sokongan terhadap filem ini,” kata beliau dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin.


Abang Long Fadil 3 berkisar Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.


Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan lakonan Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman dan Siraj.


Astro Awani

bottom of page