• newsatmy

Abdul Latif seakan tidak percaya terima gelaran Datuk

10 Februari 2022

JAGUH lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly, sama sekali tidak pernah menduga bahawa dia akan menerima Pingat Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah, yang membawa gelaran Datuk, pada Selasa.


Anak jati Perlis itu berkata, dia bersyukur kerana kerja kerasnya selama ini berbaloi dan dihargai seluruh negara.


Dia mengakui bahawa ia seakan-akan satu mimpi ketika mula menerima perkhabaran itu hujung bulan lalu.


Tambah pemenang pingat emas dua edisi Sukan Paralimpik berturut-turut itu, penganugerahan berkenaan akan melonjakkan semangatnya untuk terus mencurahkan bakti buat negara.


"Ia permulaan yang baik buat saya apabila mendapat gelaran ini dan saya harap ia dapat memotivasikan diri saya untuk lebih maju dalam temasya yang akan datang.


"Saya berharap ia dapat menjadi inspirasi buat atlet-atlet lain, terutama atlet para negara.


"Saya diberitahu mengenai perkara itu seminggu sebelum penganugerahan dan saya amat gementar.


"Semalam, perasaan gementarnya memang lain macam dan apabila orang mula memanggil saya Datuk, saya berasa janggal kerana masih belum biasa," katanya semalam.