top of page
  • cik skod

Ac Mizal Buka Stesen TV, Nak Bantu Usahawan

29 Sept

Mula bersiaran sejak April lalu, SUKE TV tidak hanya menjanjikan program menarik tetapi juga menjadi platform buat usawahan tempatan untuk memasarkan pelbagai jenis produk mereka menerusi SUKE SHOP. Menerusi laporan mStar, Dato' Ac Mizal yang juga pemilik SUKE TV berkata, dia yakin SUKE SHOP mampu membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) malah secara tidak langsung menjadi sebahagian daripada ekosistem dalam industri. "SUKE TV dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia. Ia akan ke udara 24 jam dengan menawarkan pengalaman hiburan dan pembelian. "SUKE TV bukan sekadar mudah dihubungi tetapi juga didekati. Kami ingin membantu warga tempatan dengan menyediakan asas untuk peniaga kecil-kecilan dan PKS melalui SUKE SHOP. "Sebagai permulaan, platform ini akan membawa ratusan selebriti, usahawan, pempengaruh termasuklah peniaga kecil-kecilan bagi mengembangkan lagi sasaran jualan produk mereka kepada pelanggan," katanya. AC optimis dalam menghasilkan rancangan bersesuaian dengan selera penonton tempatan. Malah, mereka merancang untuk menghasilkan lebih banyak pengisian serta original content untuk ditayangkan disaluran TV serta medium on-the-go.

bottom of page