top of page
  • cik skod

ACL 2022: JDT telah tiba di Tokyo


TOKYO,15 Ogos"Skuad Harimau Selatan sudah tiba di Tokyo semalam untuk menghadapi perlawanan pusingan kalah mati AFC Champions League (ACL) menentang Urawa Red Diamonds yang bakal berlangsung di Stadium Saitama pada 19 Ogos ini jam 7.00 malam waktu Malaysia.


Mereka tiba dan menjalani latihan disini untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan persekitaran . Jepun selaku tuan rumah perlawanan di suku akhir dan separuh akhir.


Skuad Harimau Selatan dikendalikan oleh jurulatih baharu iaitu Hector Bidoglio dengan misi untuk mara ke peringkat suku akhir. Seramai 35 pemain telah disenaraikan kali ini dan turut disertai oleh pemain import baharu seperti Jordi Amat dan Levy Madinda.


JDT turut membawa pemain kacukan Malaysia-England, Daniel Ting. Malah selaku pertahanan kanan.Selain itu Daryl Sham turut dipilih menyertai skuad utama dalam saingan ACL.


Pemain naturalisasi dari Brazil, Guilherme De Paula akan disenaraikan sebagai ‘backup plan’ jika penyerang utama, Bergson Da Silva mengalami kecederaan. Walaupun kelibatnya jarang kelihatan dalam saingan Liga Super musim ini namun De Paula juga sempat beraksi bersama skuad JDT II untuk meningkatkan tahap kecergasannya.







bottom of page