top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

ADUN BERSATU Johor Terus Sokong Hasni, Tiada Masalah Walau Beliau Dari UMNO

24 DIsember 2021

JOHOR BAHRU – Barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU Johor akan memastikan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Hasni Mohammad kekal utuh susulan kematian ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian, kelmarin. ADUN Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh berkata, wakil rakyat BERSATU Johor terus menyokong kepemimpinan Hasni sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Katanya, tumpuan ketika ini seharusnya tertumpu kepada usaha membantu rakyat di negeri ini yang diramal berdepan risiko banjir ekoran Monsun Timur Laut. “Kita akan terus sokong Hasni menerajui negeri ini kerana beliau adalah Menteri Besar Johor yang baik dan dekat di hati rakyat, senang bekerjasama walaupun beliau daripada UMNO. Kita tidak ada masalah dan berpuas hati dengan khidmatnya. “Sokongan ini juga bagi menjaga kestabilan politik di Johor agar tidak terkesan dan kerajaan negeri boleh menumpukan perhatian untuk membantu rakyat dalam keadaan Covid-19 dan persediaan menghadapi banjir,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas, Taman Bukit Dahlia di semalam.

bottom of page