top of page
  • newsatmy

ADUN Paloh positif Covid-19

2 Februari 2021

1 FEB : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali disahkan positif COVID-19.


Pengesahan itu dibuat beliau sendiri menerusi Facebook rasminya telah menjalani ujian calitan di Pejabat Kesihatan Daerah Kluang pada 11.30 pagi semalam.


Beliau mengalami keadaan lesu badan sebelum menerima keputusan ujian pada 5 petang tadi.


"Saya tidak demam cuma badan rasa tidak berapa sedap, selepas itu lidah tiada deria rasa.

"Saya dapat tahu keputusan 5 petang tadi. Setakat ini, saya masih di rumah dan menunggu arahan seterusnya daripada doktor," katanya.


bottom of page