• newsatmy

ADUN teratai umum keluar DAP

9 April 2021

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Teratai di Selangor, Bryan Lai Wai Chong hari ini mengumumkan keluar daripada DAP dan bergerak sebagai wakil rakyat bebas yang menyokong Pakatan Harapan (PH).


Beliau berkata keputusan itu dibuat untuk menyelesaikan masalah peribadinya dan tidak mahu DAP terpalit dengan dakwaan mempunyai hubungan sulit yang dihadapinya.


"Saya cintakan parti DAP dan tidak mahu nama baik parti itu terjejas kerana isu yang dihadapi oleh saya.


"Tetapi saya masih lagi pro-PH dan tidak akan masuk ke mana-mana parti yang lain," katanya dalam kenyataan di sini.


Keputusan wakil rakyat itu bagaimanapun tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan PH.


Minggu lalu, Lai meletak jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Selangor.


-- BERNAMA

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.