top of page
  • newsatmy

Ahmad Zahid dinasihatkan ‘berehat’

15 Januari 2021


PONTIAN: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd. Helmi Buang berkata, pendekatan pemimpin mesti ada perubahan yang ketara mengikut arus zaman


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diminta berehat daripada memimpin parti itu dengan rasa hormat


Katanya, langkah berundur perlu turut sama dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO lain yang sudah berpenggal-penggal memegang jawatan kepemimpinan tertinggi, sekali gus memberi ruang serta peluang kepada generasi baru.


“Tindakan seperti amat wajar dilakukan agar generasi baru terus menghormati parti ini.


“Berundur tidak semestinya mengalah. Beliau masih boleh terus membantu dari luar bagi memastikan semangat juang generasi baru tidak pudar begitu sahaja.


Tindakan meminta Presiden berundur amat tepat apatah lagi beliau berhadapan dengan dakwaan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP dalam satu surat akuan sumpah sebagaimana didedahkan oleh Tan Sri Annuar Musa.


Sokongan itu jelas bertentangan dengan dasar parti sebelum ini yang menetapkan ‘No Anwar, No DAP’.


Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga sedang berhadapan kes mahkamah berhubung isu penyelewengan dana milik Yayasan Akalbudi selain kes rahsuah berhubung sistem VLN (Visa Luar Negara).


Memetik tulisan Shamsul Amri dalam sebuah akhbar tempatan, beliau berkata “Apabila tamat riwayat kerajaan Pakatan Harapan pada Februari Tahun lalu, muncul kerajaan Perikatan Nasional, apa yang tinggal pada UMNO yang kini telah bersama PAS membentuk Muafakat Nasional seolah-olah memberi nyawa kedua.


Mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan tetapi jurang antara elit UMNO dan akar umbi UMNO jauh sekali dan tidak mudah dirapatkan


Bila MKT lemah, jurangnya dengan UMNO bahagian dan akar umbi semakin lebar. Kebanyakan wakil rakyat UMNO di Parlimen dan ADUN terus membisu.

bottom of page