top of page
  • newsatmy

Aidil Zafuan Selamat Timang Anak Ketiga, Akhirnya Dapat Seorang Puteri

29 Disember 2021

Pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Zarema Zainal selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka.


Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Aidil berkongsi berita gembira itu dan disertakan gambar yang memaparkan dirinya sedang meratapi wajah anak perempuannya itu sambil tersenyum.


Aidil atau nama lengkapnya Mohamad Aidil Zafuan bin Abd. Radzak turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan dia dan isteri.


Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 27.12.2021.


Meninjau di ruangan komen, baginda Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim turut mengucapkan tahniah kepada Aidil.


“Akhirnya dapat seorang Puteri Aidil. Alhamdulillah. Tahniah.” tulis TMJ.


Info tambahan, Aidil dan Zamera telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

bottom of page