top of page
  • newsatmy

Ajar peminat cara solat yang betul, Aishah Azman dipuji peminat

13 Jun 2021

Pelakon Aishah Azman yang kini semakin manis mengenakan hijab tampil memberi peringatan kepada peminat tentang cara betul menunaikan solat lima waktu.


Dia yang berasa terpanggil untuk memperbetulkan kesilapan cara solat itu telah memuat naik video pendek menerusi media sosialnya untuk pengetahuan peminat.



Meskipun hanya kesilapan kecil yang sudah pasti pernah dilakukan setiap insan beragama Islam, perkongsian pelakon drama Pengantin 100 Hari itu ternyata telah membuka mata ramai peminat beragama Islam.


Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil memuji tindakan Aishah dan turut berterima kasih di atas ingatan berguna itu.


Malah, ada yang turut mendoakan aktres itu agar terus istiqamah dalam berkongsikan info-info berguna seperti itu.

bottom of page