top of page
  • cik skod

Akhirnya Neelofa Dedah Wajah Anak

13 OKT

Setelah hampir 10 bulan tidak menunjukkan muka anaknya, selebriti terkenal Neelofa akhirnya mendedahkan wajah bayi comel yang bernama Muhammad Bilal itu malam ini. Neelofa yang juga usahawan berjaya itu berkongsi gabungan beberapa foto Bilal dalam sebuah video di Instagram dan TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Neelofa juga mengatakan bahawa Bilal adalah kurniaan daripada Allah yang sangat berharga untuk dirinya dan suami, Haris Ismail. Tidak lama sebelum ini, Neelofa meluahkan rasa terkilan dengan netizen yang menyebarkan wajah anaknya di TikTok selain tersinggung dengan tindakan individu yang menyunting wajah anaknya mengikut kehendak sendiri.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan ini menimang cahaya mata, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

bottom of page