top of page
  • Farah

Akmal Nasir Hubungi 15 Ribu Pengundi Seminggu


JOHOR BAHRU, 25 Sep – Ahli Parlimen Johor Bharu, Akmal Nasir tampil menyahut ‘cabaran’ bekas Perdana Menteri yang dipenjarakan, Najib Razak apabila berazam melaksanakan aktiviti menghubungi sehingga 15 ribu pengundi atas pagar (PAP) setiap minggu yang dikenali dengan nama ‘phonebank’.


Ia juga bagi menyahut seruan Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli untuk setiap kawasan parlimen serta sukarelawan berdaftar memghubungi PAP di seluruh negara.


Beliau yang juga Pengarah Strategi KEADILAN berkata, walaupun usaha murni kendalian Ayuh Malaysia ini diperkecilkan oleh kaki troll seperti FB Najib Razak, inilah kaedah terbaik untuk mendekati mereka.


“Insyallah esok saya sendiri dan rakan-rakan akan mulakan phonebank peringkat Johor Bahru.


“Ini bagi menyahut seruan Rafizi Ramli untuk kita membuat panggilan 10,000-15,000 seminggu seluruh negara.


“Walaupun usaha murni #AyuhMalaysia diperkecilkan oleh kaki troll seperti FB Najib Razak, inilah kaedah terbaik untuk mendekati pengundi atas pagar,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.


Najib terdahulu menyindir Rafizi seolah-olah memperkecilkan inisiatif yang dianjurkan melalui aplikasi CISTA selepas pelancaran rasmi di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Akmal turut menjemput warga Johor Bahru hari ini untuk sama-sama bergiat aktif menjalankan aktiviti termasuk latihan penggunaan CISTA yang akan diberikan kepada para sukarelawan dan mula melaksanakan aktiviti ‘phonebank’ serta berpeluang merasai sendiri menghubungi pengundi dan berinteraksi dengan mereka.


“Saya menjemput mereka yang ingin menjadi sukarelawan untuk sertai saya petang esok.

“Kita akan mulakan dengan pengenalan aplikasi CISTA dan seterusnya sedara-sedari berpeluang untuk bercakap sendiri dengan para pengundi,” ujarnya.


Aplikasi berkenaan boleh dimuat turun dengan klik pada pautan bit.ly/DownloadCISTA sama ada di telefon Android atau iOS untuk menjadi sebahagian daripada lebih 12 ribu sukarelawan yang berdaftar setakat ini.


Untuk maklumat lanjut boleh layari ayuhmalaysia.org untuk mengetahui lima inisiatif teras yang digariskan Rafizi dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

bottom of page