top of page
  • Farah

Aksi ACL, RM1.2 Juta menanti JDT

21 Ogos

Skuad bolasepakJohor Darul Ta’zim(JDT) dianggarkan bakal membawa pulang hadiah kejohanan sebanyak RM1.2 Juta.


Aksi cemerlang pasukan JDT di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL). Walaupun JDT tewas kepada Urawa Red Diamonds pada aksi Round Of 16, prestasi yang diperagakan Harimau Selatan sepanjang saingan ACL musim ini layak diberikan pujian.


Melalui semakan di laman sesawang SportingNews, setiap kemenangan yang dicatatkan pasukan pada aksi peringkat kumpulan bakal diberikan ganjaran sebanyak 50,000 USD sementara keputusan seri yang diraih pasukan akan menerima sebanyak 10,000 USD.


Setiap pasukan turut akan menerima wang subsidi pelancongan sebanyak 60,000 USD untuk setiap perlawanan.


Untuk rekod, JDT telah mencatatkan empat kemenangan dalam saingan kumpulan serta satu keputusan seri berjaya dilakar. Ini bermakna, JDT dianggarkan bakal meraih keseluruhan hadiah sebanyak 210,000 USD tidak termasuk subsidi setiap perlawanan.Jumlah keseluruhan JDT perolehi boleh mencecah lebih RM1,000,000,00 termasuk subsidi.

.

Pentas ACL ini telah memberikan banyak kebaikan buat pasukan dan arean bola sepak Malaysia. Selain para pemain tempatan ini mendapat pengalaman beraksi di pentas tertinggi di Asia, JDT juga dapat menjana kewangan tambahan hasil ganjaran yang diterima selepas menjadi Juara Kumpulan I.

bottom of page