• Nizam

AL-IKHSAN LANCAR BARANGAN RASMI HARIMAU MALAYA EDISI KEDUA

8 Disember 2021

PETALING JAYA-Sebagai tanda sokongan terhadap skuad Harimau Malaya yang telah memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura, semalam, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd telah mengambil peluang untuk melancarkan barangan Harimau Malaya edisi Piala AFF Suzuki di Football Republic, Sunway Pyramid, petang semalam.


Selain pelancaran barangan berkenaan, majlis menandatangani perjanjian penajaan turut diadakan selepas ia ditunda pada Ogos lalu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dijalankan seluruh negara.


Majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ S. Sivasundaram manakala Al-Ikhsan Sports pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Vach Pillutla.


Yang turut hadir pada majlis berkenaan adalah Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran FAM, Dato' Sri Shahril Mokhtar dan Timbalannya YB Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya dan juga barisan Exco FAM yang lain iaitu ACP (B) Md Dali Wahid, Dato’ Adly Shah Ahmad Tah, Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah dan Encik Syed Yazid Syed Omar serta Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar.


Koleksi terbaharu Harimau Malaya x Al- Ikhsan edisi kedua itu akan mula dijual secara fizikal di semua cawangan Al-Ikhsan Sports dan Football Republic bermula hari ini, 7 Disember 2021 pada harga RM59 untuk kanak-kanak dan RM79 untuk dewasa selain boleh didapati secara dalam talian menerusi https://www.al-ikhsan.com dan kedai rasmi Shopee Al-Ikhsan Sports.