top of page
  • cik skod

Alhamdulillah ‘done’ tambah hutang – Janna Nick

20 Sept


“Alhamdulillah atas rezeki kecil ini. Ini yang buatkan saya lebih semangat untuk bekerja.”

Demikian respons ringkas selebriti sensasi Janna Nick sekali gus bersyukur urusan pembelian rumah keduanya berjalan lancar.


Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner mengakui, sebenarnya bukan mudah untuk merealisasikan impiannya itu dan perlu banyak pengorbanan.


“Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki ini. Bukan mudah untuk nak realisasikan impian ini.

“Lama bekorban dan inilah hasil daripada kerja keras selama ini,” katanya kepada Kosmo!.

Terdahulu, menerusi hantaran dalam Instagram, pelantun lagu Gatal itu berkongsi fotonya sedang duduk di hadapan rumah banglo dua tingkat miliknya tanpa menyatakan lokasi secara spesifik.

“Alhamdulillah done (selesai) tambah hutang. Jomlah kerja lebih keras lagi,” tulisnya.

Melihat dalam ruangan komen, rata-rata pengikut terutama dalam kalangan rakan artis mengucapkan tahniah kepada Janna, 27, atas kejayaanya itu.

“Janna ni patut dijadikan contoh buat anak muda di luar sana. Muda-muda dah ada aset sendiri dan fikir jauh.

“Alhamdulillah tahniah Janna. Awak inspirasi saya untuk beli rumah. Doakan rezeki saya juga nanti walaupun mungkin sekadar rumah biasa,” tulis mereka.

Sebelum ini, Janna turut pernah membeli rumah pertamanya ketika berusia 22 tahun hasil titik peluh sebagai anak seni. K Online


Alhamdulillah ‘done’ tambah hutang – Janna Nick

bottom of page