• newsatmy

Alicia Amin Akui Tidak Mahu Terburu-Buru Fikir Soal Zuriat

28 Disember 2021

Hampir setahun melayari bahtera perkahwinan dengan seorang doktor bernama Farzan, model dan aktres sensasi, Alicia Amin merasakan masih terlalu awal untuknya memikirkan soal zuriat.


Menurut Alicia, dia tidak magu terburu-buru bergelar seorang ibu kerana dia masih lagi belum puas menikmati kehidupan waktu mudanya.


"Saya mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang lakonan dan peragaan. Kalau dah hamil nanti, saya tak boleh bagi komitmen 100 peratus terhadap kerjaya,"


Alicia turut memberitahu yang suaminya juga berhadapan dengan situasi yang sama apabila dia bekerja sebagai doktor dan sentiasa sibuk merawat pesakit kebanyakan waktu.


Disebabkan pandemik Covid-19 dan kesibukan kerja masing-masing, Alicia mengakui yang dia dan suami masih belum berkesempatan untuk berbulan madu sehingga kini.


Tambah Alicia, mereka belum puas enjoy kerana baru berkahwin malah bulan madu yang proper dan resepsi kahwin pun belum sempat dibuat disebabkan bermacam perkara berlaku sejak setahun dua ini.


Dalam pada itu, Alicia juga sempat memaklumkan yang Farzan merupakan seorang yang sangat memahami bagi menjawab persoalan tentang sistem sokongan yang diberikan suami terhadap dirinya untuk terus aktif dalam dunia lakonan.


Ujar Alicia lagi, dia merasakan seperti dirinya sendiri yang banyak memberi pendedahan kepada suaminya dengan hal-hal glamor dan suaminya selalu suntik semangat kepadanya agar sentiasa percaya pada diri.