top of page
cik skod

Ambil pengajaran kes Najib untuk masa depan lebih baik


KUANTAN, 26 Ogos – Semua pihak perlu mengambil pengajaran keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman bersalah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk masa depan lebih baik.


Ketua Bahagian BERSATU Maran, Datuk Jasri Jamaludin berkata, ia juga sebagai permulaan baharu untuk membawa negara ke arah yang lebih baik.

“Membetulkan kerosakan dalam pemerintahan, mengutamakan perkara kebajikan untuk rakyat dan mempercepatkan pemulihan ekonomi.

“Kerajaan sudah pasti boleh membuat perancangan menyeluruh semasa pembentangan Bajet 2023 dalam masa terdekat, selari dengan Dasar Kemakmuran Bersama 2030,”


Mengulas lanjut, Jasri berkata, keputusan tersebut menunjukan tiada sesiapa boleh lari dari undang-undang dan ia memberi kesan yang besar terutama pandangan masyarakat antarabangsa kepada negara ini.


Beliau berkata, media asing di seluruh dunia membawa berita ini sebagai tajuk utama di negara mereka terutama media-media antarabangsa.

“Ini memberi gambaran sistem kehakiman negara mempunyai integriti cukup tinggi dan telus tanpa sebarang campur tangan politik.

“Apabila mahkamah mengekalkan sabitan dan membawa Najib terus ke penjara, maruah negara yang tercalar disebabkan isu SRC International dan skandal 1MDB dapat dikembalikan.

“Walaupun isu rasuah 1MDB berjumlah RM2.6 bilion masih berjalan di mahkamah, sekurang-kurangnya dunia melihat Malaysia serius dalam menangani isu berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ia juga akan dapat mengembalikan kepercayaan serta keyakinan pelabur asing kepada Malaysia,” katanya.


Beliau berkata, keputusan ini juga memperlihatkan perjuangan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang berani menegur pemimpin negara yang melakukan salah guna kuasa sewaktu beliau berada dalam kerajaan sebelum ini berhasil

Comments


bottom of page