top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Amzad nafi pentadbiran kerajaan Terengganu bermasalah dengan istana

9 Jun 2021

KUALA LUMPUR: Tidak ada sebarang masalah dalam pentadbiran kerajaan Terengganu yang diterajui Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.


Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim menafikan beliau terpaksa diminta menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan antara Menteri Besar Terengganu itu dan pihak istana.


Amzad menjelaskan pentadbiran kerajaan Terengganu berjalan lancar dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak istana.


Beliau berpendapat, dakwaan yang dibuat hanyalah usaha pihak-pihak tertentu untuk menganggu pentadbiran kerajaan Terengganu.


"Saya di peringkat Persekutuan ini banyak kerja yang perlu dilaksanakan, kita sedang tumpu pada usaha-usaha program vaksin.


"Kita tidak ada masa, usahkan nak jadi orang tengah, nak jadi orang tepi pun tak sempat. Jadi saya rasa perkara-perkara ini minta supaya diperbetulkan.


"Media yang berkenaan sila tarik balik, perkara yang tidak berlaku jangan dibuat cerita," katanya dalam satu video menafikan perkara berkenaan.


Ia susulan laporan sebuah portal yang mendakwa hubungan dingin antara Ahmad Samsuri dan pihak istana agak dingin.


Laporan itu mendakwa isu melibatkan Ahmad Samsuri kini genting sehingga istana hampir menarik balik gelaran Datuk Seri disandang menteri besar itu.


Laporan memetik sumber pemimpin Pas Terengganu yang enggan namanya disebut itu berkata, selain itu menteri besar juga dilihat kurang menumpukan isu negeri berkenaan.


-Awani

bottom of page