top of page
  • newsatmy

Anak Kris Dayanti selamat bertunang dan lamaran disiarkan secara langsung.

14 Mac 2021

Anak kepada penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti, Aurel Hermansyah selamat bertunang bersama pasangannya Atta Halilintar.


Majlis pertunangan yang berlangsung pada Sabtu itu disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen Indonesia, RCTI.


Majlis yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat itu berlangsung di Hotel Intercontinental, Jakarta.


Memetik laporan media tempatan, Atta atau nama sebenarnya Muhammad Attamimi Halilintar, 27, membuat lamaran secara terbuka terhadap Aurel di hadapan ahli keluarga lain.


“Saya Atta ke sini untuk melamar anak Bapak Anang, Ibu Ashanty dan Mimi KD (Kris Dayanti).


“Saya secara peribadinya mempunyai banyak kekurangan. Dari sudut hati yang paling tulus, semoga lamaran saya diterima,” ucapnya sebelum menyerahkan sejambak bunga kepada Aurel.


Selepas selesai sesi lamaran, pasangan yang mengenakan persalinan sedondon serba ungu itu saling menyarung cincin antara satu sama lain.


Difahamkan pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 21 Mac depan.


Untuk rekod, Aurel, 23, merupakan anak sulung kepada Kris Dayanti bersama bekas suaminya yang juga komposer dan penyanyi, Anang Hermansyah.


-Astro Awani

bottom of page