Anak Najib disenarai sebagai calon DUN
PEKAN,13 OKT: Nama anak Datuk Seri Najib Razak tiada dalam senarai untuk dipilih sebagai calon kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) depan.
Lima nama yang dihantar kepada pusat untuk memilih calon tiada nama anak bekas Perdana Menteri jelas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly
Zamri menjelaskan sebaliknya kerusi Pekan akan dipulangkan semula kepada Najib selepas mendapat pengampunan.
“Sebaliknya, sesiapa yang dipilih bertanding di situ nanti akan menyerahkan kembali kerusi Parlimen Pekan kepada Datuk Seri Najib selepas mendapat pengampunan,” katanya lagi.
Zamri bagaimanapun enggan mendedahkan empat nama selain Najib yang menawarkan diri bertanding di Pekan pada PRU-15 ini.
Namun, Zamri memberitahu anak lelaki Najib, Datuk Mohd. Nizar dicalonkan tetapi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang membabitkan Chini, Bebar, Peramu Jaya dan Pulau Manis.
Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.
コメント