• Arissa Azman

Anak Shah Rukh Khan masih di penjara, keputusan ikat jamin diketahui petang ini

27 OKTOBER 2021

MUMBAI: Aryan Khan terpaksa ditahan di penjara sehingga ke hari ini berikutan Mahkamah Tinggi Bombay pada Selasa menolak permohonan jaminan anak teruna aktor ternama dunia, Shah Rukh Khan itu.


Hari ini, mahkamah yang sama akan bersidang untuk membuat keputusan apakah pemuda berusia 23 tahun itu akan memperoleh jaminan.


Permohonan jaminan Aryan Khan kini berada di senarai ke-57.


Aryan Khan kini berada dalam tahanan selepas diberkas Biro Kawalan Narkotik (NCB) pada 3 Oktober lalu.


Pada 20 Oktober lalu, permohonan ikat jamin ke atas Aryan Khan telah ditolak oleh Mahkamah Khas sebelum pihak peguambela memohon kepada Mahkamah Tinggi Bombay bagi mendengar rayuan memohon jaminan.


Aryan Khan kini ditahan di Penjara Arthur Road bersama rakannya, Arbaaz Merchant.

Sementara dua rakannya lain iaitu Munmun Dhamecha ditahan di penjara wanita.


Mereka ditahan NCB di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.


Menurut laporan The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta rupee.