• newsatmy

Anugerah Oscar: Barisan pelakon ternama diumumkan sebagai penyampai

13 April 2021

SENARAI nama pelakon ternama Hollywood yang bakal menjadi penyampai pada Anugerah Oscar yang akan berlangsung akhir bulan ini.


Antara nama popular yang didedahkan adalah Brad Pitt, Halle Berry, Harrison Ford dan Reese Witherspoon.


Brad Pitt yang merupakan pemenang bagi kategori Pelakon Pembantu terbaik akan menyertai Joaquin Phoenix dan Laura Dern sebagai penyampai bagi anugerah berprestij itu.


Antara nama yang turut didedahkan adalah Bong Joon Ho, Regina King dan Zendaya.


Dalam satu kenyataan bersama, produser bagi Anugerah Oscar menjelaskan, bagi membawa konsep seperti filem, barisan pelakon ternama dikumpulkan sebagai penyampai.


Anugerah Oscar tahun ini akan diadakan pada 25 April ini.


- Astro Awani