top of page
  • StrangePlay

Anwar buat sidang media petang ini

16 Mac 2021

UMNO dan PKR telah melaksanakan perbincangan tidak rasmi berkenaan kemungkinan kerjasama dalam Pilihan-raya Umum ke-15. Perkara ini disahkan oleh Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Beliau mengumumkan akan menghadiri satu sidang media pada 4.30 petang hari ini bagi mengulas isu tersebut serta keputusan beberapa Ahli Parlimen PKR yang meninggalkan parti tersebut baru-baru ini.


Kedua-dua parti mempunyai pendirian sepunya : tidak bersetuju dengan kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin.


Menurut Utusan Malaysia, Anwar menyatakan bahawa tindakan mereka untuk “berjabat tangan” itu bertujuan untuk menyelamatkan Malaysia daripada kemaslahatan di bahawa pemerintahan ini.


Beliau menegaskan bahawa menerusi beberapa perbincangan yang berlanjutan, kedua-dua pihak menunjukkan kesudian lantas mencapai kata sepakat dalam beberapa isu.


Dato’ Seri Anwar juga berkata matlamat utama persepakatan itu adalah untuk membentuk suatu kerajaan baru yang berfokus kepada memacu ekonomi dan memenuhi keperluan rakyat.


Walau bagaimanapun, apabila ditanyakan, Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan seakan tidak maklum berkenaan kemungkinan kerjasama ini.


“Itu saya tak tahu, saya tak ada dan saya tak tahu,” ulasnya ringkas kepada pemberita Malaysiakini di Alor Setar semalam. - PNOnline


bottom of page