top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Anwar Ibrahim terus-menerus jatuhkan imej Malaysia di mata dunia

25 Jun 2021

Baru-baru ini Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah ditemuramah portal WION tentang situasi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.


Beliau dilihat menyentuh tentang langkah darurat, kadar pengujian yang rendah dan kelembaban dalam mengedar dan menyuntik vaksin kepada warga.


Dalam temubual tersebut, Anwar berkata tidak kira jika iainya kes lama atau baru, ia telah menunjukkan kecekapan kerajaan dalam menangani isu ini.


Beliau turut berkata proses vaksinasi di Malaysia amat perlahan jika dibandingkan dengan negara ASEAN dan Asia Selatan.


"Malaysia paling perlahan dalam memperoleh jumlah vaksin yang mencukupi,


"Saya fikir walaupun dengan perintah kawalan dan kaedah-kaedah yang lain termasuk penjarakan sosial dan membina kesedaran dikalanagan rakyat supaya sentiasa menjaga diri, masalahnya sekarang tetap dengan ketersediaan vaksin," ujar beliau kepada wartawan WION.


Ketika ditanya adakah darurat akan dilanjutkan sekiranya kerajaan ini gagal menangani kenaikan kes ini, beliau menjawab bahawa kerajaan sekarang ini sebagai rejim yang korup dan tiada keabsahan negara.


"Ia sebenarnya cukup sedar tentang pandangan rakyat yang tahu kerajaan ini tidak sah kerana sudah hilang majoriti di Parlimen, jadi mereka terpaksa membuat darurat,"


Berdasarkan temubual tersebut, Anwar dilihat tidak melepaskan peluang dalam mana-mana temubual untuk memburukkan nama Malaysia dan berhabis-habisan memburukkan kerajaan dan Malaysia.


Sebagai anak Malaysia yang beratap di bawah satu bumbung, dimanakah maruah dan imej kita apabila sering dikritik dan diburukkan oleh seorang “pak cik”.


Pelabur asing akan menghindari perlaburan atas kebimbangan, peluang pekerjaan dan sektor berkaitan akan terpengaruh.


Inikah titik nasib yang rakyat Malaysia akan terima jika Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia?


Seorang pemimpin negara tidak wajar memburukkan nama negaranya sendiri pada dunia luar.


Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul baru mengumumkan pengesahan S&P Global Ratings ke atas kredit kedaulatan mata wang asing Malaysia, sebagai tanda keyakinan agensi penarafan antarabangsa.


Nampaknya cubaan untuk meyakinkan pelabur asing ini sekaligus telah disia-siakan oleh sesi temu bual ini.




--PN Online

bottom of page