top of page
  • Writer's pictureNizam

Anwar Kecewa Dengan SOP Pilihan Raya Sarawak

8 Disember 2021

Proses pilihan raya yang baik dan teratur penting untuk menjamin keabsahan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Walaupun dunia masih lagi berhadapan dengan pandemik, ia bukanlah alasan untuk menjadikan proses pilihan raya menjadi tempang.


Setelah membaca SOP terbaru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, saya sangat kecewa. Mereka pernah berkata akan melakukan kajian terhadap SOP yang akan diperkenalkan. Malangnya, setelah PRN Melaka selesai, kajian itu tidak diterbitkan.

Seharusnya SPR mengambil langkah produktif dengan melakukan perbincangan dengan semua wakil parti politik yang bakal bertanding pada PRN Sarawak.


Perbincangan yang kritikal terhadap elemen-elemen yang terdapat di dalam SOP ini perlu dilakukan. Saya tidak melihat ada sebab yang konkrit – termasuklah fakta-fakta berasaskan bukti perubatan dalam SOP terbaru ini.


Apa perkembangan terbaru tentang jaminan akses sama rata kepada pihak media untuk semua parti politik dan calon?



ANWAR IBRAHIM Presiden KEADILAN

bottom of page