top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Anwar tak perlu 'berkhayal' untuk raih simpati

27 Jun 2021

Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata ada tuduhan bahawa terdapat usaha menggunakan Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Speaker Parlimen bagi melengahkan sesi Parlimen.


Padahal penjelasan yang sebenar dah dibuat oleh mereka yang berautoriti.



"Apabila tidak selari dengan apa yang Anwar mahu, maka keluarlah tuduhan, kononnya mempergunakan, memperalatkan dan macam-macam lagi,


"Tapi bila selari dengan apa yang dia hendak, maka dia akan puji bahawa inilah integritim inilah adil, inilah prihatin," ujar beliau.


Ringkasnya, kalau nak jadi bagus, mesti ikut cakap Anwar.


Kalau tak ikut cakap dia, semuanya akan buruk.


Definisi apa yang betul berubah-ubah berdasarkan jajaran baru dapat faedah atau tidak.


"Ubah definisi ikut sedap rasa ni adalah taktik lama yang sudah basi,


"Jajaran mungkin baru, tapi taktik berubah-ubah, definisi ini sudah tidak strong, tidak convincing, dan tidak formidable lagi," tambah beliau lagi.




--PN Online

bottom of page