top of page
  • newsatmy

Apa Itu Taadau Kaamatan

arissa

Pesta Kaamatan atau nama lainnya Tadau Kaamatan atau di dalam bahasa Kadazan Magavau merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu untuk menghormati semangat padi.


Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.


Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.Bulan Mei kembali lagi dan buat anda yang berada di Borneo, Mei bermaksud Pesta Kaamatan bakal menjelma. Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati semangat padi.


Pesta ini adalah amalan tradisi Kaum Kadazandusun Murut dan disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun.


Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau.


Tarian unik dengan iringan paluan gong ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.


Selain itu, pesta ini turut dimeriahkan dengan pertandingan Sugandoi atau nyanyian, pertunjukan bina badan, sukan rakyat, pertandingan Unduk Ngadau dan persembahan kraftangan.


Unduk Ngadau Kaamatan Unduk Ngadau Kaamatan adalah sebuah pertandingan ratu cantik dan merupakan salah satu acara kebudayaan yang paling popular dan unik di negeri Sabah.


Pemilihan awal diadakan di setiap daerah di Sabah dan peserta yang memenangi peringkat daerah akan mewakili daerah tersebut untuk ke acara kemuncak Unduk Ngadau Kaamatan.


Pertandingan kemuncak Unduk Ngadau ini diadakan di Hongkod Koisan Kadazandusun Cultural Association (KDCA) pada 30 dan 31 Mei untuk mencari seorang juara Unduk Ngadau Kaamatan negeri Sabah.


Bermula pada tahun 1995, orang Sabah yang menetap di Semenanjung Malaysia dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ratu negeri ini dengan mewakili Lembah Klang.


Pemenang pertama dari Lembah Klang adalah Daphne Iking yang telah memenangi gelaran itu pada tahun 2003.


Juara Unduk Ngadau Kaamatan dipertanggungjawabkan untuk menjadi duta mewakili negeri Sabah. Disinilah si gadis perlu memperkenalkan adat resam Kadazandusun Murut dan memperagakan baju tradisi, mempromosikan tempat-tempat menarik di negeri Sabah serta memperkenalkan budaya dan tradisi negeri Sabah di mata dunia.


Bagi Florence Dedecus Gimpuhut, 23, pengalaman menyertai pertandingan Unduk Ngadau banyak memberikan pengajaran. Gadis yang berasal dari Penampang ini telah enam tahun berpengalaman menyertai pertandingan Unduk Ngadau.


Antara beberapa pencapaian terbaiknya setakat ini ialah Miss Topiodo (natural beauty) 2012, Miss Fotogenik 2015, tempat ke-lima pada tahun 2015 dan tempat ke-lima pada tahun 2016. Menurut Florence, pengalaman menyertai Unduk Ngadau banyak mengajar dan meluaskan pengetahuannya mengenai adat tradisi Kadazandusun Murut.


Di samping lebih mengenali budaya yang ada, ia banyak menguji dirinya untuk berhadapan dengan penonton.

bottom of page