• newsatmy

Aplikasi Maybank alami kelambatan sekali-sekala

22 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) telah memaklumkan kepada pelanggan bahawa ia mengalami masalah kelambatan sekali-sekala pada aplikasi MAE, M2U MY serta laman sesawang Maybank2u.


"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin," katanya menerusi akaun Twitter dan Facebooknya.


Situasi yang sama turut dilaporkan oleh kumpulan perbankan itu semalam.


-- BERNAMA